Monday, May 31, 2021

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1 (1 JUN – 14 JUN 2021) PPVD BATU PAHAT

                    


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

1 JUN – 14 JUN 2021

 

PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH (PVD)

BATU PAHAT


Waktu Operasi Pejabat

Ahad – Khamis 8.00 pg - 1.00 tgh hari

 

Rawatan Klinik Berjadual

Ahad : 8.30 pagi hingga 12.30 tgh hari

   

menghadkan perkhidmatan kepada yang berikut sahaja:

 

1.   Permohonan permit pemindahan

 

Ø  Permohonan bagi tujuan penyembelihan SAHAJA

 

2.   Permohonan surat sokongan kelonggaran pergerakan

 

Ø  Melibatkan aktiviti berkepentingan dalam ternakan dan makanan ternakan sahaja.

Ø  Pemohon hendaklah TELAH BERDAFTAR dengan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Batu Pahat

 

3.   Perkhidmatan rawatan dan kesihatan ternakan di lapangan

 

Ø  Aktiviti terlibat dengan kawalan ATAU pengesahan penyakit ATAU wabak sahaja

Ø  Berkaitan dengan kes-kes kecemasan sahaja

 

4.   Perkhidmatan kes di pusat rawatan haiwan

 

Ø  Hanya kes-kes ringan yang tidak melibatkan pembedahan.


 

Sebarang pertanyaan dan maklumbalas boleh hubungi kami

 

Di talian : 07-4342287 

Atau emel terus ke: pvdbatupahat@gmail.com

 

Orang ramai yang hendak berurusan dengan pejabat kami hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan penularan wabak covid-19 dengan menggunakan sanitizer yang dibekalkan di kaunter, memakai penutup hidung dan mulut, mengambil suhu serta mencatatkan butiran nama dan no. telefon untuk dihubungi.

 

Sebarang perubahan ke atas keputusan ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Segala komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah kami hargai.


DR. NUR FARAWAHIDAH BINTI MOHSIN

Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Batu Pahat


 

Sunday, May 16, 2021

SOP SEKTOR PETERNAKAN

Semua sektor Penternakan yang berkaitan dengan rantaian makanan adalah dibenarkan beroperasi dengan pematuhan SOP yang ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin



Seluruh warga Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang menyambutnya. Jangan lupa patuhi SOP dalam usaha kita menentang Covid-19.

‘Salam lebaran
Kita bermaafan dalam keriangan
Gembira dalam meraikan
Syawal dengan keikhlasan
Lupakan sengketa
Tidak mengira bangsa meraikannya
Riangnya senda sekeluarga
Meraikan hari raya
salam lebaran ayuh kita bermaafan
kita raikan dengan penuh keikhlasan
cahaya seri seri cahaya aidilfitri
salam lebaran kita raikan penuh kesyukuran’

TATACARA PENGHANTARAN BORANG SUBSIDI AYAM DAN TELUR KE PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH

  TATACARA PENGHANTARAN BORANG SUBSIDI AYAM DAN TELUR KE PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH   Waktu penghantaran dan proses semakan b...