Monday, February 8, 2021

PERMOHONAN BANTUAN PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI TERNAKAN JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR UNTUK TAHUN 2021


HEBAHAN PERMOHONAN BANTUAN

PROGRAM PEMBANGUNAN INDUSTRI TERNAKAN

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor membuka peluang bagi penternak dan pengusaha Industri Asas Ternakan (IATn) untuk memohon Bantuan Program Pembangunan Industri Ternakan.

 

Penternak dan pengusaha yang berminat diminta untuk melengkapkan dan menghantar borang permohonan ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran selewat-lewatnya pada 15 Mac 2021, Isnin.

 

Borang boleh didapati di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor atau dimuat turun pada pautan yang disediakan di bawah.

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 07-4342287 (Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Batu Pahat)

 

https://drive.google.com/file/d/1-vIxLwIeTQDkVhyCUQDTrTZaHi1COpNm/view?usp=sharing 




 


PERHATIAN KEPADA PEMOHON BANTUAN

Pemohon perlu MENGHANTAR  SENDIRI  borang permohonan ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah di mana aktiviti tersebut di sedang dijalankan.

 

Aktiviti  ini  berbentuk insentif (terbuka kepada pengusaha yang TELAH ATAU SEDANG menjalankan aktiviti/bidang  usaha)

 

Borang permohonan perlu diisikan dengan tepat. Sebarang penipuan ATAU maklumat yang tidak tepat dalam borang boleh menyebabkan permohonan ANDA di TOLAK.

 

Satu (1) isi  rumah hanya layak satu (1) permohonan sahaja.

 

Baca dengan teliti  butiran sebelum mengisi  dan menghantar borang.

 

Tarikh tutup permohonan  15 MAC 2021  JAM 12.30 TENGAHARI





 

No comments:

Post a Comment

TATACARA PENGHANTARAN BORANG SUBSIDI AYAM DAN TELUR KE PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH

  TATACARA PENGHANTARAN BORANG SUBSIDI AYAM DAN TELUR KE PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH   Waktu penghantaran dan proses semakan b...