SEPANJANG TEMPOH
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
AKIBAT WABAK COVID-19
PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH (PVD)
BATU PAHAT
Waktu Operasi Pejabat:
Ahad - Rabu : 8.30 pg - 1.00 tgh hari, 2.30 ptg - 5.00 ptg
Khamis : 8.30 pg - 1.00 tgh hari, 2.30 ptg - 3.30 ptg
Rawatan Klinik Berjadual:
Ahad & Isnin
8.30 pagi hingga 4.00 petang
menghadkan perkhidmatan kepada yang berikut sahaja:
1. Permohonan permit pemindahan
Ø Permohonan bagi tujuan penyembelihan dan pemindahan dibenarkan
2. Permohonan surat sokongan kelonggaran pergerakan
Ø Melibatkan aktiviti berkepentingan dalam ternakan dan makanan ternakan sahaja.
Ø Pemohon hendaklah TELAH BERDAFTAR dengan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Batu Pahat
3. Perkhidmatan rawatan dan kesihatan ternakan di lapangan
Ø Aktiviti terlibat dengan kawalan ATAU pengesahan penyakit ATAU wabak sahaja
Ø Berkaitan dengan kes-kes kecemasan sahaja
4. Perkhidmatan kes di pusat rawatan haiwan
Ø Hanya kes-kes ringan yang tidak melibatkan pembedahan.
Sebarang pertanyaan dan maklumbalas boleh hubungi kami
Di talian : 07-4342287
Atau faks kepada kami di no. : 07-4349066
Atau emel terus ke: pvdbatupahat@gmail.com
Orang ramai yang hendak berurusan dengan pejabat kami hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan penularan wabak covid-19 dengan menggunakan sanitizer yang dibekalkan di kaunter, memakai penutup hidung dan mulut, mengambil suhu serta mencatatkan butiran nama dan no. telefon untuk dihubungi.
Sebarang perubahan ke atas keputusan ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Segala komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah kami hargai.
DR. NUR FARAWAHIDAH BINTI MOHSIN
Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Batu Pahat
No comments:
Post a Comment