Wednesday, March 3, 2021

PERMOHONAN BANTUAN E-PENJANA




PERMOHONAN BANTUAN E-PENJANA

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI JOHOR

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor membuka peluang bagi penternak dan pengusaha Industri Asas Ternakan (IATn) untuk memohon Bantuan Program E-Penjana Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor.



Penternak dan pengusaha yang berminat diminta untuk melengkapkan dan menghantar borang permohonan ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran selewat-lewatnya pada 31 Mac 2021, Rabu.

Borang boleh didapati di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah, laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor atau dimuat turun pada pautan yang disediakan di bawah.

 

https://drive.google.com/file/d/1l1ojRlHvExqTCRsTBjok9AnyZALgNOvs/view



Sebarang pertanyaan, sila hubungi 07-4342287 (Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Batu Pahat).





 

WAKTU OPERASI PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR SEWAKTU PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

 

SEPANJANG TEMPOH

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

AKIBAT WABAK COVID-19

 

PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH (PVD)

BATU PAHAT


Waktu Operasi Pejabat:

Ahad - Rabu : 8.30 pg - 1.00 tgh hari, 2.30 ptg - 5.00 ptg

Khamis : 8.30 pg - 1.00 tgh hari, 2.30 ptg - 3.30 ptg

 

Rawatan Klinik Berjadual:

Ahad & Isnin

8.30 pagi hingga 4.00 petang 


menghadkan perkhidmatan kepada yang berikut sahaja:

 

1.    Permohonan permit pemindahan


Ø Permohonan bagi tujuan penyembelihan dan pemindahan dibenarkan

 

 

2.    Permohonan surat sokongan kelonggaran pergerakan

 

Ø  Melibatkan aktiviti berkepentingan dalam ternakan dan makanan ternakan sahaja.

Ø Pemohon hendaklah TELAH BERDAFTAR dengan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Batu Pahat

 

 

3.    Perkhidmatan rawatan dan kesihatan ternakan di lapangan

 

Ø Aktiviti terlibat dengan kawalan ATAU pengesahan penyakit ATAU wabak sahaja

Ø  Berkaitan dengan kes-kes kecemasan sahaja

 

 

4.    Perkhidmatan kes di pusat rawatan haiwan

 

Ø  Hanya kes-kes ringan yang tidak melibatkan pembedahan.

   

Sebarang pertanyaan dan maklumbalas boleh hubungi kami

 

Di talian : 07-4342287

Atau faks kepada kami di no. : 07-4349066

Atau emel terus ke: pvdbatupahat@gmail.com

 

Orang ramai yang hendak berurusan dengan pejabat kami hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan penularan wabak covid-19 dengan menggunakan sanitizer yang dibekalkan di kaunter, memakai penutup hidung dan mulut, mengambil suhu serta mencatatkan butiran nama dan no. telefon untuk dihubungi.


Sebarang perubahan ke atas keputusan ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Segala komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah kami hargai.

 

DR. NUR FARAWAHIDAH BINTI MOHSIN

Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Batu Pahat

TATACARA PENGHANTARAN BORANG SUBSIDI AYAM DAN TELUR KE PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH

  TATACARA PENGHANTARAN BORANG SUBSIDI AYAM DAN TELUR KE PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH   Waktu penghantaran dan proses semakan b...