Monday, December 7, 2020

SYARAT- SYARAT PERMOHONAN PERMIT PEMINDAHAN TERNAKAN

 


SYARAT- SYARAT PERMOHONAN PERMIT PEMINDAHAN TERNAKAN


PERMIT PERMINDAHAN TERNAKAN

1.    Tarikh permohonan permit sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) hari dalam waktu bekerja daripada tarikh permohonan ternakan hendak dipindahkan.
2.    Tempoh masa sahlaku permit hanya sekali untuk satu (1) perjalanan  sahaja mengikut pada tarikh yang dinyatakan dalam Akuan Kebenaran Pindah
3.    Perlu menyatakan tarikh dan lokasi penerima ternakan serta maklumat pengeluar ternakan termasuk ID Premis dengan jelas.
4.    Permohonan Permit pemindahan ke luar negeri hanya akan dikeluarkan setelah mendapat kebenaran masuk/terima daripada Negeri penerima ternakan.
5.    Permohonan melibatkan luar negeri perlu mengisi borang deklarasi  ladang semasa    membuat permohonan.

SYARAT PADA TERNAKAN YANG DIPINDAHKAN

Setiap ekor ternakan yang hendaklah dipindah dikehendaki:
1.    Telah mendapat suntikan vaksin FMD (P1 dan P2) mengikut jadual dan telah disahkan oleh doktor veterinar.
2.    Mempunyai tanda pengenalan ternakan yang jelas serta dikepilkan/sertakan bersama borang permohonan Akuan Kebenaran Pindah Ternakan [PVDBP/PAPT(1)].
3.    Mendapat pengesahan Pegawai Veterinar Daerah pengeluar/penerima ternakan ATAU wakil yang diberi kuasa sebelum dan selepas pemindahan dilakukan.
4.    Telah menjalani ujian saringan penyakit dan telah disahkan sihat dan bebas daripada sebarang penyakit seperti kuku dan mulut (FMD), brucellosis, tuberculosis dan heamorrhagic septiceamia (HS) oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.


PERMINDAHAN TERNAKAN BAGI TUJUAN PENYEMBELIHAN;


1.    Hanya dibenarkan di Rumah Sembelih yang dibenarkan oleh Jabatan sahaja.
2.    Jika ternakan yang hendak disembelih itu betina perlu mendapat pengesahan daripada Doktor Veterinar yang bertauliah oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
3.    Bagi tujuan penyembelihan diluar kawasan Rumah Sembelih selain yang digazetkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu mendapat kebenaran yang disahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Veterinar.
4.    Bagi ternakan yang telah dipindahkan ke Rumah Sembelih (dibenarkan oleh Jabatan) hendaklah disembelih tidak melebihi 30 hari. Jika penyimpanan melebihi 30hari  perlu  mendapat kebenaran khas daripada Pengarah Veterinar Negeri.
5.    Lori yang digunakan bagi tujuan pemindahan perlu di ‘Seal pada bahagian kenderaan yang kehendaki. (sila rujuk kaunter jika ada pertanyaan)
6.    Kegagalan pihak tuan untuk mematuhi syarat-syarat diatas boleh menyebabkan permohonan permit tuan DITOLAK.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

 



SEPANJANG TEMPOH

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)

AKIBAT WABAK COVID-19

 

PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH (PVD)

BATU PAHAT

 

menghadkan perkhidmatan kepada yang berikut sahaja:

 

1.    Permohonan permit pemindahan

Ø  Permohonan bagi tujuan penyembelihan dan pemindahan dibenarkan

2.    Permohonan surat sokongan kelonggaran pergerakan

Ø  Melibatkan aktiviti berkepentingan dalam ternakan dan makanan ternakan sahaja.

Ø  Pemohon hendaklah telah berdaftar dengan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Batu Pahat

3.    Perkhidmatan rawatan dan kesihatan ternakan di lapangan

Ø  Aktiviti terlibat dengan kawalan ATAU pengesahan penyakit ATAU wabak sahaja

Ø  Berkaitan dengan kes-kes kecemasan sahaja

4.    Perkhidmatan kes di pusat rawatan haiwan

Ø  Hanya kes-kes ringan yang tidak melibatkan pembedahan.


Waktu Operasi Pejabat:

Ahad - Khamis

8.30 pagi hingga 3.30 ptg

 

Rawatan Klinik Berjadual:

Ahad & Isnin

9.00 pagi hingga 12.30 tgh hari

 

Sebarang pertanyaan dan maklumbalas boleh hubungi kami

Ditalian : 07-4342287

Atau faks kepada kami di no. : 07-4349066

Atau emel terus ke: pvdbatupahat@gmail.com

 

Orang ramai yang hendak berurusan dengan pejabat kami hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan penularan wabak covid-19 dengan menggunakan sanitizer yang dibekalkan di kaunter, memakai penutup hidung dan mulut, mengambil suhu serta mencatatkan butiran nama dan no. telefon untuk dihubungi.

Sebarang perubahan ke atas keputusan ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Segala komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan amatlah kami hargai

 


DR. NUR FARAWAHIDAH BINTI MOHSIN

Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Batu Pahat


DIDENDA RM8,000 KERANA SEMBUR CAT PADA KERA

 


[4 Oktober 2020] (Ahad)]-, Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 atau 3 bulan penjara jika gagal membayar kepada seorang lelaki berumur 67 tahun atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kesakitan terhadap seekor Kera (Macaca fascicularis) iaitu hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].


Kesalahan telah dilakukan pada 1 April 2020 di sebuah premis di Pontian, Johor. Kesalahan yang dilakukan adalah di bawah Seksyen 86(1) (f) yang boleh dikenakan penalti tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM50,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya. Kes ini pernah menjadi viral dalam facebook apabila dilaporkan oleh

Persatuan Haiwan Malaysia - Malaysia Animal Association dan Jabatan Perhilitan telah menjalankan siasatan serta penahanan bagi kes ini pada april yang lalu: Klik untuk berita lanjut: https://www.utusan.com.my/.../didenda-rm8000-sembur-cat.../

TATACARA PENGHANTARAN BORANG SUBSIDI AYAM DAN TELUR KE PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH

  TATACARA PENGHANTARAN BORANG SUBSIDI AYAM DAN TELUR KE PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR DAERAH   Waktu penghantaran dan proses semakan b...